Wednesday, April 11, 2012

ini keje lama...2008

concept bg untuk laman rimba... dah lama projek nih...sampai sekarang tak siap2...kenape tak siap kena tanya owner dia... sapa owner dia? banyak plak tanye cari sendiri...
 yang kat atas nih concept yang dah di rejek...bagi sesape toke animation yang berminat dengan concept nih sila contact aku...aku bleh bikin kasik lengkap untuk production (bukan free)

 nih pun sama juga...concept yang dah di rijek...

kat atas nih telah mendapat persetujuan dari director tapi toke kompeni pulak yang tak suke...

  Nih actually projek yang sama cuma nih setelah dah approve bg concept scene dalam kilang dan di tengah town yang hebat dengan pollution.





Saturday, April 7, 2012

New Project April

Dapat job lagi...kali nih buat BG macam job Sifumedia dulu...dah lame tak buat bg...kena prepare mental sebab akan berhempas pulas untuk siapkan 320 bgs dlm tempoh yang ditetapkan...harap perkiraan aku dengan kualiti yang dah aku setkan sendiri...akan meet that deadline...kalau tak dead aku. Bila rosak Reputasi maka rosaklah rezki...ya yang mutlaknya rezki Allah kasik...tapi pengantoinye kita. Bila buat kerja kena buat betul2 kasik orang suka...nanti bleh derang kasik lagi...dan jangan berkira sangat. pesanan untuk diri aku yang kadang2 terkira juga.













Tuesday, April 3, 2012

Si bongkok tanjung puteri

Job baru si bongkok tanjung puteri dari Animagis Sdn Bhd. Aku selalu kalau dapat job mane2 dari kompeni animasi atau seangkatan... aku akan buat research pasal back story kisah yang derang nak buat tuh (tertakluk kepada kisah2 yang ada sejarah la) kalau job macam upin ipin tuh sejarah mende. baru nih dapat Job Si Bongkok tanjung puteri. aku tak pernah tau pun pasal kisah nih dulu... bila dapat job2 macam nih membuka mata aku terhadap sejarah melayu yang sebenarnye sangat dasyat, sangat heroic, sangat memberi inspirasi dan ransangan. 


Si Bongkok Tanjung Puteri... Nama asal tak diketahui tapi mengikut sumber sejarah itu la nama sebenarnya... nama bapa Damak... Tanjung puteri pulak nama tempat sekarang Johor baharu. aku sekarang menaip sambil mendengar intrumental joget pahang ewahhh... balik kepada cerita si bongkok. Dia juga dikenali panglima Bongkok dikalangan pengikutnya...ya dia ada pengikut... mengikut sejarah, dia dinamakan bongkok sebab keadaan badannya yang membongkok ke sebelah kanan, tangan kirinya juga membengkok, begitu juga dengan mukanya cacat. despite all that dia sangat hebat dalam seni mempertahankan diri, dan juga seorang yang berpengehtauan luas dalam ilmu pelayaran.


Pada abad ke 19 British menjajah singapura (aku tak sure samada time tuh dah di panggil singapura atau temasik.) so derang nih nak besarkan kawasan jajahan macam biasa la yahudi dan nasrani itu je la keje derang. so in order untuk berkuasa mereka telah bersekongkol dengan temenggung Abdul Rahman yang sememangnya gila kuasa... untuk merampas kuasa pemerintahan dari sultan Hussein ketika itu... tapi kalau nak rampas macam tu je memang nak hilang kepala temenggung tuh, nak di jadikan cerita tengah sibuk2 si temenggung nih pikir2 dengan orang2 british tuh camna nak rampas kuasa sultan. Sultan pulak mangkat. Pada tahun 1835 dengan rakusnya menidakkan hak Tengku Ali anak sultan Hussein sebagai pewaris takhta. Dia nak buat apa lagi...temenggung ketika itu ada back up dari British.


Berita itu membuatkkan Sekumpulan pejuang yang melantik panglima bongkok menjadi ketua untuk menerajui penentangan terhadap Temenggung Abdul Rahman dan sengal2 dari barat tuh dari terus menjajah tanah air kesayangan ketika  itu.


Panglima bongkok, disebutkan dalam sejarah tinggal dalam kapalnya. dia juga dikatakan seorang yang kebal dari mata pedang dan peluru senapang si sengal2 dari barat tuh. membuatkan mereka sangat pening kepala macam mana nak hapuskan panglima bongkok ni.(wallahu alam tak tau part ni betui ke tak). tambahan pulak Panglima bongkok selalu melakukan rampasan harta terhadap kapal yang menuju ke pelabuhan singapura dan tanjung puteri, menjadikan tempat itu tidak selamat, sekali gus merosakkan reputasi tempat itu sebagai pelabuhan. Beberapa cubaan untuk menangkap beliau gagal bilamana Panglima Bongkok sangat arif dengan selok belok kapal dan keadaan sekitarnya.


Panglima bongkok akhirnya melarikan diri (selepas dikepung oleh beratus-ratus tentera temenggung) ke tanjung Belungkur dan meninggal dunia di situ.


Itu ringkasan yang aku buat tapi kalau nak tahu lebih lanjut sila cari kat internet...yang mana aku rasa lagi banyak berbanding dalam buku sejarah yang ada di pasaran.









Saturday, March 31, 2012

Concept detail

Alhamdulillah baru2 nih dapat job dengan Digilogic atau tulus fikir... job yang di amanahkan oleh film Negara untuk bikin cerita pasal sejarah malaysia...atau kesultanan melayu secara spesifik...start dari dulu sejarah bukan feveret subjek aku... dan aku jarang lulus pun dalam sejarah...satu sebab ia boring dan dua sebab cikgu sejarah aku akan bercerita pasal anak dia sampai habis waktu... sampai la lagi 1 bulan nak exam... mungkin jugak method pembelajaran ketika itu menampakkan sejarah nih satu mata pelajaran yang boring...


Anyway bila dah kerja...dan kebetulan banyak plak aku dapat job buat concept tentang cerita-cerita sejarah dulu...contohnya job dengan Digilogic nih... memerlukan aku membuat sedikit sebanyak research untuk tujuan memudahkan aku memvisualkan dalam kepala macam mana keadaan masa itu. dalam Kes digilogic nih aku dikehendaki melakar balik suasana kerajaan melaka yang dalam pengetahuan aku adalah typical seperti apa yang selalu di ceritakan dan di gambarkan dalam buku2 sejarah sekolah... banyak rumah kayu, kemudahan yang memerlukan tenaga yang banyak untuk mendapat manfaat darinya...contoh seperti telaga dan pembinaan dan kerja pertanian. Dan mungkin kehidupan masa tuh lebih perit dari apa yang aku dapat gambarkan.


Tapi setelah mendengar 1st briefing dari director (fariz) tentang gambaran keadaan melaka masa tuh nyata sangat kontra sekali dengan apa yang pernah aku gambarkan. Menurut sumber yang diberi pada aku...satu blog yang sumbernya dari catatan log harian oleh seorang pengintip portugis yang bermastautin di melaka hampir 5-7 tahun sebelum serangan keatas Melaka dibuat oleh portugis...dengan tujuan mengumpul data sebanyak yang mungkin bagi memudahkan mereka merancang serangan.


Dalam nota tersebut, menyebut secara terperinci tentang keadaan melaka masa tuh. bandarnya dikelilingi oleh tembok batu setinggi 15 hingga 20 kaki... diselangi kayu2 sebesar pemeluk di antaranya. Istananya pula dibina oleh gurka. istana melaka terbahagi kepada beberapa tingkat dan saiznya adalah sangat besar. pertahanannya dilengkapi meriam2 besar dan senjata api yang lain. dan meriam2 itu diberikan nama...menunjukkan bahawa Melaka telah lama mempunyai meriam.


Jalan2 pada masa itu mempunyai hiasan dan senibina yang menarik...bukan setakat rumah kayu yang kita lihat pada masa kini atau dalam buku sejarah. ada jambatan yang boleh dinaikkan dan turun untuk laluan kapal masuk ke jeti. Jeti pula terbahagi kepada 3 bahagian jeti besar, sederhana dan juga jeti dalam. 


Melihat perkara di atas nampak gayanya kita telah ditipu oleh sejarah sendiri. Melaka menurut pengintip portugis itu sangat Gah dan sangat kuat. Tetapi apa yang aku konfius takde satu pun tinggalan binaan sebagai bukti kepada kenyataan pengintip tersebut. Tapi menurut kata seorang pensyarah dari Uni tempatan sebelum inggeris melepaskan melaka...derang dah clean up semua tinggalan yang boleh menampakkan kegagahan kerajaan melaka, termasuklah banggunan2 istana, kubur2 pahlawan dan kubu2 pertahanan...mungkin mereka bimbang ia akan menaikkan semangat bangsa melayu untuk menentang mereka kelak.















Thursday, February 16, 2012

character design


Aku jarang design character... sebab dah lame tak buat... last lukis2 figura nih tahun 1998...so bile nak start balik jadi sangat kekok dan keras... macam ada batu terikat kat tangan... nak lukis mata jadi lubang hidung, lukis bulat jadi bujur...tapi kena start somewhere... at least dah mula dari berkarat terus




Medium flash... sebab aku suke clean line dari vector software nih...

Wednesday, February 15, 2012

Mess-up

Baru2 nih aku dapat job dari satu kampeni... satu syarikat yang aku dah banyak kali dengar pasal derang nih, kampeni anak watan yang meningkat naik (bukan kompeni gile duit grant nak beli kete) aku di'hire' sebagai freelancer untuk buat concept project baru derang. Dipendekkan cerita aku mess up... terlampau serabut dengan pelbagai masalah... aku dah langgar dateline yang diberikan... dan untuk pertama kalinya aku rasa aku dah rosakkan reputasi aku sebagai freelancer. aku mohon maaf atas kelewatan harap2 aku tak sebabkan masalah lain pada kompeni tu.


In future aku ingat nak kena buat schedule yang rapi untuk semua project aku. dan kena cari pembantu....hmmm sape yek?