Saturday, October 19, 2013

Friday, August 30, 2013

Mujahideen








work tribute untuk mujahideen seluruh dunia ... untuk design diatas aku ade buat t-shirt boleh tempah disini

Wednesday, June 19, 2013

Retake yang menyedarkan aku...

Last 2 months dapat job dari Vision Studio, di Offer oleh studio managernya yang dah lama aku kenal balik ke zaman Courseware lagi, aku pun dengan rela hati ambik job tuh dengan harapan ia akan menambahkan lagi kejituan portfolio aku, al maklum projek tuh pun bergrade tinggi di perincikan ia dari syarikat mainan robot  yang terkenal. Dengan tak beri peluang aku bernafas aku pun di ajak berdiskusi untuk tau lebih detail tentang project yang aku nak buat tuh, di pendekkan cerita bila dah dapat file aku pandang macam average punya dificulty level, aku pernah buat lagi susah dari itu, tapi 1st time hantar, dapat retake dalam 5 scene, hantar lagi dapat retake lagi, kali nih derang mintak aku ke opiss derang untuk dibrief dengan panjang lebar oleh lead BG, azman (bukan nama sebenar), balik buat lagi dan dapat lagi retake, kali nih retake hampir kesemua scene yang aku dapat... lebih kurang 40 - 50 scene, aku dah start rasa give up, apsal retake yang tak habis2 nih, tak cukup elok ke aku buat tuh, tak sesuai ke composition yang aku buat?, bila diteliti dan di timbang balik, sebenarnya apa yang derang minta dan retake tuh semua valid, aku lihat balik kenapa aku boleh jadi sebegini teruk untuk menilai kerja sendiri yang dah roboh ketanah? aku tak nampak yang kerja aku dah makin teruk sebenarnya. termenung beberapa lama aku sedar yang selama nih aku buat local animation company dan untuk local broadcaster yang tak peduli lansung pasal nak kasik retake, banyak2 kali sebab derang tau kat mana hadnya bila bayar murah untuk freelancer mcm aku nih, takkan nak henjut sampai 5 kali retake kalau satu scene bayar 4 ringgit? so negatifnya situasi itu aku mula tak sedar yang kerja aku makin lama makin hanyut dengan arus syoknya berbangga dengan artwork sendiri yang selama nih, hancur perspektifnya, hancur light n shadownya, dan hancur juga nilai artistiknya. peringatan selepas ini kalau dah rasa lama sangat takdak orang kritik artwok kita, itu maknanya kita dah terlampau lama syok sendiri. dan hidup luar realiti. oh bukan semua studio di malaysia tak pentingkan kualiti...