Saturday, March 31, 2012

Concept detail

Alhamdulillah baru2 nih dapat job dengan Digilogic atau tulus fikir... job yang di amanahkan oleh film Negara untuk bikin cerita pasal sejarah malaysia...atau kesultanan melayu secara spesifik...start dari dulu sejarah bukan feveret subjek aku... dan aku jarang lulus pun dalam sejarah...satu sebab ia boring dan dua sebab cikgu sejarah aku akan bercerita pasal anak dia sampai habis waktu... sampai la lagi 1 bulan nak exam... mungkin jugak method pembelajaran ketika itu menampakkan sejarah nih satu mata pelajaran yang boring...


Anyway bila dah kerja...dan kebetulan banyak plak aku dapat job buat concept tentang cerita-cerita sejarah dulu...contohnya job dengan Digilogic nih... memerlukan aku membuat sedikit sebanyak research untuk tujuan memudahkan aku memvisualkan dalam kepala macam mana keadaan masa itu. dalam Kes digilogic nih aku dikehendaki melakar balik suasana kerajaan melaka yang dalam pengetahuan aku adalah typical seperti apa yang selalu di ceritakan dan di gambarkan dalam buku2 sejarah sekolah... banyak rumah kayu, kemudahan yang memerlukan tenaga yang banyak untuk mendapat manfaat darinya...contoh seperti telaga dan pembinaan dan kerja pertanian. Dan mungkin kehidupan masa tuh lebih perit dari apa yang aku dapat gambarkan.


Tapi setelah mendengar 1st briefing dari director (fariz) tentang gambaran keadaan melaka masa tuh nyata sangat kontra sekali dengan apa yang pernah aku gambarkan. Menurut sumber yang diberi pada aku...satu blog yang sumbernya dari catatan log harian oleh seorang pengintip portugis yang bermastautin di melaka hampir 5-7 tahun sebelum serangan keatas Melaka dibuat oleh portugis...dengan tujuan mengumpul data sebanyak yang mungkin bagi memudahkan mereka merancang serangan.


Dalam nota tersebut, menyebut secara terperinci tentang keadaan melaka masa tuh. bandarnya dikelilingi oleh tembok batu setinggi 15 hingga 20 kaki... diselangi kayu2 sebesar pemeluk di antaranya. Istananya pula dibina oleh gurka. istana melaka terbahagi kepada beberapa tingkat dan saiznya adalah sangat besar. pertahanannya dilengkapi meriam2 besar dan senjata api yang lain. dan meriam2 itu diberikan nama...menunjukkan bahawa Melaka telah lama mempunyai meriam.


Jalan2 pada masa itu mempunyai hiasan dan senibina yang menarik...bukan setakat rumah kayu yang kita lihat pada masa kini atau dalam buku sejarah. ada jambatan yang boleh dinaikkan dan turun untuk laluan kapal masuk ke jeti. Jeti pula terbahagi kepada 3 bahagian jeti besar, sederhana dan juga jeti dalam. 


Melihat perkara di atas nampak gayanya kita telah ditipu oleh sejarah sendiri. Melaka menurut pengintip portugis itu sangat Gah dan sangat kuat. Tetapi apa yang aku konfius takde satu pun tinggalan binaan sebagai bukti kepada kenyataan pengintip tersebut. Tapi menurut kata seorang pensyarah dari Uni tempatan sebelum inggeris melepaskan melaka...derang dah clean up semua tinggalan yang boleh menampakkan kegagahan kerajaan melaka, termasuklah banggunan2 istana, kubur2 pahlawan dan kubu2 pertahanan...mungkin mereka bimbang ia akan menaikkan semangat bangsa melayu untuk menentang mereka kelak.