Ini antara projek dulu (toonasia studios) yang tak masuk production video di atas adalah Kenape Ye? Cadangan asal adalah sebuah series yang berbentuk pendidikan...
Kat bawah nih plak series yang menang IPCC tahun 2007 rasenye... tapi jugak tak masuk production disebabkan masalah keewangan. Siri Hostel Blues yang karya asalnya Kartunis Aie telah mencetuskan fenomena pada IPCC tahun itu kerana pertama kalinya dia terlibat dalam industri animasi. Siri ini kemudianya di sambung oleh kartunis Tembakau.
(dua-dua feveret aku) dulu aku keje dengan majalah Toin-Toin dan Aku dan sesuatu kedua-dua kartunis ini berada bawah satu bumbung tempat aku keja. tapi jarang2 bertegur sapa kerana time tu hubungan aku dan derang tak lebih dari peminat dan kartunis... so dalam dada membuak-buak kegirangan jika salah sorang kartunis feveret nih masuk opiss. Sebab time tuh Aie berkarya dekat opis satu lagi dekat sungai buaya, dan tembakau pulak sebagai freelancer, so jarang2 sangat dapat berjumpa. lepas 7 tahun aku aku keja tiba2 dapat pulak peluang untuk kerja balik dengan dua2 kartunis feveret aku nih, di satu kompeni di subang jaya. 1st time aku nampak Aie kat bawah opiss aku rasa macam nak sembang lama2 kat situ. Dan Tembakau pula sangat terkenal dengan sifat nya yang sangat mudah mesra. so setelah 4 tahun kenal sampai la satu tahap bila bersembang aku boleh panggil aku kau je. sebab aku rasa aku dah rapat ngan derang. Itu aku la rasa. tapi pengalaman kenal derang nih adalah pengalaman yang berharga buat aku. tapi maybe untuk derang aku sama saja macam peminat lain. tapi aku tak kisah
No comments:
Post a Comment