Tuesday, April 3, 2012

Si bongkok tanjung puteri

Job baru si bongkok tanjung puteri dari Animagis Sdn Bhd. Aku selalu kalau dapat job mane2 dari kompeni animasi atau seangkatan... aku akan buat research pasal back story kisah yang derang nak buat tuh (tertakluk kepada kisah2 yang ada sejarah la) kalau job macam upin ipin tuh sejarah mende. baru nih dapat Job Si Bongkok tanjung puteri. aku tak pernah tau pun pasal kisah nih dulu... bila dapat job2 macam nih membuka mata aku terhadap sejarah melayu yang sebenarnye sangat dasyat, sangat heroic, sangat memberi inspirasi dan ransangan. 


Si Bongkok Tanjung Puteri... Nama asal tak diketahui tapi mengikut sumber sejarah itu la nama sebenarnya... nama bapa Damak... Tanjung puteri pulak nama tempat sekarang Johor baharu. aku sekarang menaip sambil mendengar intrumental joget pahang ewahhh... balik kepada cerita si bongkok. Dia juga dikenali panglima Bongkok dikalangan pengikutnya...ya dia ada pengikut... mengikut sejarah, dia dinamakan bongkok sebab keadaan badannya yang membongkok ke sebelah kanan, tangan kirinya juga membengkok, begitu juga dengan mukanya cacat. despite all that dia sangat hebat dalam seni mempertahankan diri, dan juga seorang yang berpengehtauan luas dalam ilmu pelayaran.


Pada abad ke 19 British menjajah singapura (aku tak sure samada time tuh dah di panggil singapura atau temasik.) so derang nih nak besarkan kawasan jajahan macam biasa la yahudi dan nasrani itu je la keje derang. so in order untuk berkuasa mereka telah bersekongkol dengan temenggung Abdul Rahman yang sememangnya gila kuasa... untuk merampas kuasa pemerintahan dari sultan Hussein ketika itu... tapi kalau nak rampas macam tu je memang nak hilang kepala temenggung tuh, nak di jadikan cerita tengah sibuk2 si temenggung nih pikir2 dengan orang2 british tuh camna nak rampas kuasa sultan. Sultan pulak mangkat. Pada tahun 1835 dengan rakusnya menidakkan hak Tengku Ali anak sultan Hussein sebagai pewaris takhta. Dia nak buat apa lagi...temenggung ketika itu ada back up dari British.


Berita itu membuatkkan Sekumpulan pejuang yang melantik panglima bongkok menjadi ketua untuk menerajui penentangan terhadap Temenggung Abdul Rahman dan sengal2 dari barat tuh dari terus menjajah tanah air kesayangan ketika  itu.


Panglima bongkok, disebutkan dalam sejarah tinggal dalam kapalnya. dia juga dikatakan seorang yang kebal dari mata pedang dan peluru senapang si sengal2 dari barat tuh. membuatkan mereka sangat pening kepala macam mana nak hapuskan panglima bongkok ni.(wallahu alam tak tau part ni betui ke tak). tambahan pulak Panglima bongkok selalu melakukan rampasan harta terhadap kapal yang menuju ke pelabuhan singapura dan tanjung puteri, menjadikan tempat itu tidak selamat, sekali gus merosakkan reputasi tempat itu sebagai pelabuhan. Beberapa cubaan untuk menangkap beliau gagal bilamana Panglima Bongkok sangat arif dengan selok belok kapal dan keadaan sekitarnya.


Panglima bongkok akhirnya melarikan diri (selepas dikepung oleh beratus-ratus tentera temenggung) ke tanjung Belungkur dan meninggal dunia di situ.


Itu ringkasan yang aku buat tapi kalau nak tahu lebih lanjut sila cari kat internet...yang mana aku rasa lagi banyak berbanding dalam buku sejarah yang ada di pasaran.









No comments:

Post a Comment